Berfikir digerakkan oleh soalan dan soalan berfungsi untuk menggerakkan insan ke arah upaya untuk berfikir. Kenyataan ini menjurus kepada kepentingan aspek soalan dan penyoalan yang mempunyai fungsi dan peranannya dalam kurikulum pendidikan negara ke arah membentuk penguasaan kemahiran berfikir secara berkesan dalam kalangan pelajar. Kenyataan Sanders (1966) telah menegaskan bahawa soalan-soalan yang baik dan berkesan memperlihatkan tahap pemikiran yang luas dan dibentuk menggunakan aras pemikiran yang berbeza serta dapat mengarahkan pelajar kepada pembelajaran. Soalan juga dapat menilai status pemikiran pelajar dan tidak lagi sekadar menguji kefahaman semata-mata seperti yang dikonsepsikan selama ini.
Dari sudut prosesnya, untuk menjana pelajar ke arah berfikir, kalangan pendidik seharusnya bijak dalam mengemukakan soalan-soalan dengan pelbagai aras kognitif yang dapat merangsang fikiran pelajar serta mencorakkan pemikiran mereka. Tegasnya, soalan menjadi alat untuk menilai pemikiran dan penggunaan soalan secara berkesan dapat merangsang pemikiran pelajar kepada pembelajaran yang lebih produktif serta mengaktifkan keupayaan berfikir mereka dalam mencari alternatif dan resolusi permasalahan.
Kenyataan ini memberi kesan yang mendalam kepada pendidik sebagai pelaksana kurikulum pendidikan agar berupaya membentuk dan mengaplikasikan soalan yang berkualiti kepada para pelajar. Ini demikian kerana, penggunaan soalan perlu ditafsirkan dari perspektif yang lebih meluas dan pelbagai. Penggunaan soalan dan pertanyaan dalam konteks pendidikan bukan hanya untuk menguji kefahaman pelajar semata-mata. Jika konsep ini yang dibentuk, bermakna tafsiran pendidik hanya dari perspektif yang sempit. Malah, lebih jauh daripada itu soalan-soalan yang dibina dengan pelbagai aras kognitif dan digunakan dengan perancangan rapi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran akan dapat membentuk paradigma pemikiran yang pelbagai dalam kalangan pelajar serta berupaya menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan. Selanjutnya implementasi ini akan memberi kesan kepada pembangunan aset modal insan yang cemerlang, gemilang juga terbilang prestasinya jika pelajar-pelajar mampu menguasai dan mengurus pemikiran secara terbaik untuk menangani kepelbagaian situasi.
Fokus Permasalahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Fakta pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu secara khusus melalui analisis laporan prestasi pelajar beberapa tahun kebelakangan yang lepas oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia dalam pencapaian Bahasa Melayu peringkat menengah atas dijelaskan masih gagal terutamanya untuk menguasai bentuk-bentuk soalan pada aras kognitif tinggi. Pembinaan minda pelajar dalam menghadapi soalan yang pelbagai aras kognitif masih lemah. Pemilihan soalan pada aras rendah bagi mereka ternyata lebih selamat berbanding soalan-soalan berbentuk fakta, analisis, komen serta penghuraian logik yang memerlukan pemikiran kritis dan analitis (Wan Zahid Mohd Noordin, 1997).
Antara fokus kelemahan pelajar adalah:
Kegagalan ini jelas menegaskan bahawa implementasi kurikulum pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu masih gagal meningkatkan kefahaman minda pelajar untuk menguasai soalan-soalan yang pelbagai aras kognitif. Pembinaan dan pembangunan kognitif pelajar melalui pengajaran dan pembelajaran bahasa masih kurang diberi pendedahan dan persediaan untuk menghadapi pelbagai bentuk pertanyaan. Ini juga bermakna pelaksanaan pendidikan masih belum berjaya memenuhi kehendak objektif kurikulum pendidikan negara untuk mengembangkan dan meningkatkan daya intelek serta pemikiran rasional, kritis dan kreatif kepada para pelajar. Keadaan ini menegaskan supaya kalangan pendidik perlu lebih komited untuk bertindak melahirkan pelajar yang terbentuk pemikirannya kepada kepelbagaian aras kognitif serta dapat menangani dan menjelaskan kepelbagaian alasan dalam setiap pertanyaan dengan mantap dan berkesan.
Noor Rohana Mansor
Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Malaysia

- Soalan penulisan: Tumpuan pelajar rata-rata cenderung menjawab soalan-soalan mudah dari jenis pengalaman berbanding soalan fakta dan pentakrifan.
- Soalan rumusan: Pelajar gagal merumuskan petikan dengan memuaskan. Kekurangan pelajar ialah, rumusan tiada pendahuluan dan penutup serta gagal menyatakan isi-isi tersurat dan tersirat dengan contoh yang tepat.
- Soalan kefahaman: Beberapa kelemahan telah dikenal pasti iaitu pelajar gagal memahami kehendak tugasan soalan; tidak faham pertanyaan ‘siapa’, ‘mengapa’, ‘apakah bukti-bukti…’, ‘katakanlah anda… apakah tindakan yang perlu anda ambil…’ dan gagal memberikan isi-isi mengikut keperluan pertanyaan soalan dan penyoalan.
Kegagalan ini jelas menegaskan bahawa implementasi kurikulum pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu masih gagal meningkatkan kefahaman minda pelajar untuk menguasai soalan-soalan yang pelbagai aras kognitif. Pembinaan dan pembangunan kognitif pelajar melalui pengajaran dan pembelajaran bahasa masih kurang diberi pendedahan dan persediaan untuk menghadapi pelbagai bentuk pertanyaan. Ini juga bermakna pelaksanaan pendidikan masih belum berjaya memenuhi kehendak objektif kurikulum pendidikan negara untuk mengembangkan dan meningkatkan daya intelek serta pemikiran rasional, kritis dan kreatif kepada para pelajar. Keadaan ini menegaskan supaya kalangan pendidik perlu lebih komited untuk bertindak melahirkan pelajar yang terbentuk pemikirannya kepada kepelbagaian aras kognitif serta dapat menangani dan menjelaskan kepelbagaian alasan dalam setiap pertanyaan dengan mantap dan berkesan.
Noor Rohana Mansor
Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Malaysia

Silahkan komentari